Pembiayaan Tawarruq adalah bertujuan untuk mengadakan kontrak perniagaan melalui skim jualan dan bayaran tertangguh berdasarkan konsep syariah.
Syarat-syarat utama permohonan ini adalah seperti berikut:
Tawarruq Jamin Khas
- Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM 100,000
- Menyediakan sekurang-kurangnya 3 orang penjamin
- Kadar keuntungan 5.9% setahun sama rata
- Anggota wajib mencarum Takaful berkelompok koperasi yang perlindungannya setara dengan pembiayaan
- Mempunyai yuran & saham sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah Pembiayaan Dipohon
- Tempoh bayaran pembiayaan selama 120 bulan
- Bayaran Duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000
- Bayaran Hibah pembiayaan akan dikenakan
- RM 1,000 – RM 34,900 (RM5)
- RM 35,000 – RM 50,000 ( RM10)
- RM 50,000 – RM 100,000 ( RM15)
Tawarruq Tanpa Penjamin
- Jumlah maksimum pembiayaan ialah RM15,000
- Kadar keuntungan 5.9% setahun sama rata
- Anggota wajib mencarum Takaful berkelompok bulanan minimum RM20.00
- Mempunyai yuran & saham sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah Pembiayaan Dipohon
- Tempoh bayaran pembiayaan selama 48 bulan
- Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000
Tawarruq Yuran
- Jumlah maksimum pembiayaan 90% dari jumlah yuran
- Kadar keuntungan 4.9% setahun sama rata
- Tempoh bayaran pembiayaan selama 120 bulan
- Bayaran duti setem pembiayaan akan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pembiayaan RM1000