Koperasi Tenaga Nasional Berhad, terdapat dua jenis skim pilihan iaitu Takaful Berkelompok dan Takaful Motor Kenderaan & Cukai Jalan

Latar Belakang

Unit Takaful ditubuhkan pada 1 Januari 1994. Objektif utama penubuhan Unit Takaful adalah memberikan perkhidmatan perlindungan Takaful kepada anggota-anggota Koperasi TNB.

VISI

Kami ingin menjadi pilihan utama Takaful di kalangan anggota dan orang awam

MISI
  • Matlamat kami adalah untuk melangkaui :
  • Kecemerlangan Operasi
  • Mengutamakan kualiti dalam meningkatkan penjualan produk
  • Menggunakan strategi marketing yang baik dan beretika
Koperasi berterusan menyediakan pelbagai skim takaful dari syarikat-syarikat takaful untuk kemudahan anggota-anggotanya. Pelbagai faedah boleh dimanfaatkan oleh anggota-anggota beserta keluarga melalui:

Skim Takaful Berkelompok Ikhlas Idaman (Takaful Ikhlas)

Setakat 31 Disember 2023, seramai 10,417 anggota menyertai skim ini. Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh pihak Takaful Ikhlas sepanjang tahun 2023 adalah sebanyak RM577,647.

Skim Rebat Cukai Jalan RM 500,000

Koperasi TNB telah memperuntukkan pemberian rebat cukai jalan kereta sehingga 30 jun 2025. Peruntukan ini diberikan kepada anggota dan keluarga yang memperbaharui kenderaan melalui Koperasi TNB.

Takaful Kenderaan – Pelancaran Platform mySenang.my

mySenang.my adalah platform memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan secara digital milik Koperasi TNB. Pelanggan boleh memilih pelan perlindungan takaful sendiri termasuk menambah atau mengurang jumlah perlindungan kenderaan, menambah faedah tambahan seperti perlindungan cermin, banjir, penggantian kunci, perkhidmatan tamabahan tunda kereta dan lain-lain. Kesemua proses ini dapat dibuat kurang dari 3 minit tanpa melalui ejen atau orang tengah.

 Sistem Real Time melalui Application Programming Interface (API) membolehkan pelanggan mendapatkan sebutharga dan polisi daripada penyedia Takaful dan pelanggan boleh membuat pembayaran secara tunai dengan kemudahan FPX Banking Online. Bagi pelanggan yang membayar secara tunai akan menikmati diskaun sebanyak 5% manakala bagi anggota pula mempunyai pilihan melakukan pembayaran secara potongan bulanan Renew Now Pay Later selama 10 bulan. Tahun 2023 telah menunjukkan Prestasi yang amat membanggakan dengan peningkatan premium kepada 49% iaitu premium 2023 berjumlah RM 7,218,765.

 Selain dari itu, mySenang.my telah menyebarkan sayapnya dengan menjalinkan usahasama dengan Koperasi Kakitangan Petronas Bhd (KOPETRO) dengan menyediakan platform white label pembaharuan cukai jalan dan takaful kenderaan mereka yang diberi nama ProLindung.com.my.