Latar Belakang

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1951, dengan matlamat awal untuk menggalakkan semangat kerjasama, berdikari dan amalan berjimat cermat serta menabung dikalangan anggota koperasi yang terdiri daripada staf Tenaga Nasional Berhad. Sejak itu Koperasi TNB telah berkembang menjadi sebuah koperasi yang unggul dalam memfokuskan kepada kecemerlangan dan perkhidmatan perniagaan. 

Koperasi TNB terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan, termasuk kewangan, retail, hartanah, pelancongan, perladangan, dan lain-lain. Melalui penglibatan dalam sektor-sektor ini, Koperasi TNB terus berusaha untuk memperkasa anggotanya dan memberikan impak positif kepada masyarakat.

Dengan visi untuk menjadi sebuah koperasi berprestij yang berteraskan kecemerlangan perniagaan dan perkhidmatan, Koperasi TNB komited untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan dan sosial kepada anggotanya. Kini Koperasi TNB terus unggul dengan menduduki dalam kalangan 10 koperasi terbaik di Malaysia dan berusaha mengekalkan kecemerlangan yang di kecapi.