2 Ogos 2024, Kuantan
Menyedari kepentingan peranan perwakilan dalam gerakan Koperasi, satu sesi Townhall sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan telah diadakan pada 2 Ogos 2024 di Swiss Belhotel, Kuantan, Pahang. Sesi townhall ini merupakan platform terbaik bagi interaksi untuk perkongsian pandangan dan percambahan idea bagi memastikan Koperasi TNB terus maju.
Koperasi TNB juga telah membawakan penceramah hebat sepanjang sesi Townhall ini yang dihadiri 205 perwakilan dari seluruh semenanjung Malaysia. Antaranya Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra di panggil Ibu Hanim yang merupakan Guru Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan. Ibu Hanim dalam tajuk ceramahnya Leading Together To Drive KopTNB’s Success telah berkongsi pandangan kepentingan seseorang perwakilan dalam gerakan Koperasi TNB.
Sesi seterusnya, perwakilan berpeluang mendengar perkongsian ilmu “Rahsia Buat Duit” Dengan Menjadi Founder Produk Produk Jenama Sendiri dari Cikgu Sam yang merupakan Master Coach Produk Jenama Sendiri.
Koperasi TNB Di Mana Dan Ke Mana juga telah dibincangkan semasa sesi forum townhall ini. Encik Rino Izwan telah menjadi moderator semasa sesi forum ini dan panel jemputan adalah Encik Mohd Fadzli bin Mat Lahim, Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persektuan dan Encik Zulkefle bin Ab Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi TNB.
Segmen akhir dalam sesi townhall ini adalah memperkenalkan 10 calon Anggota Lembaga Koperasi 2024/2027. Setiap calon diberikan masa 2 minit bagi memperkenalkan diri serta menyampaikan manifesto. Sesi townhall berakhir jam 1.00 petang.